Empat lokasi di KL tenggelam angkara banjir kilat


  • 112
  • Rabu, 25 Mei 2022

Bulatan Dato Onn, Kuala Lumpur yang ditelenggami air ekoran hujan lebat pada Rabu.

POLIS memaklumkan empat lokasi di kawasan Kuala Lumpur dinaiki air akibat hujan lebat berterusan pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku semasa hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur sejak pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, tiga daripada empat lokasi berkenaan adalah di hadapan Bank Rakyat, Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Periuk dan Jalan Ampang yang dinaiki air setinggi 0.4 meter.

"Di Lorong Raja Mahadi, Kampung Baru, air dilaporkan naik sehingga paras lutut.

"Sehingga pukul 1.30 petang, air di semua kawasan yang mengalami banjir telah surut selepas hujan mula reda," katanya.

Noor Dellhan berkata, terdapat lapan lokasi hotspot yang sering berlaku banjir diberikan perhatian serius sebaik hujan lebat melanda pusat bandar raya Kuala Lumpur.

"Lapan lokasi itu adalah Jalan Rahmat, Jalan Sultwn Azlan Shah; Bulatan Dato Onn, Jalan Kuching; Dataran Merdeka, Jalan Raja; Jalan Ampang; Jalan Brunei, Jalan Pudu; Jalan Changkat Thambi Dollah; Jalan Maharajalela, Bulatan Merdeka dan Kampung Periuk," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram