Peminat lelong 'hidung' Ibrahimovic


  • Podium
  • Rabu, 25 Mei 2022

Hidung patung bekas pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic di Malmo digergaji pada Disember 2019. — Agensi

SEKUMPULAN penyokong dari pasukan Malmo FF telah melelong tiga replika hidung berdasarkan patung terkenal Zlatan Ibrahimovic yang didirikan di bandar kelahirannya di Sweden sebelum ia disimpan oleh pihak berkuasa berikutan terdapat ancaman untuk memusnahkannya.

Hidung patung itu dipotong dalam satu serangan vandalisme sebelum Krismas pada 2019 dan replika itu juga digergaji di kaki dan jari kakinya sebelum disimpan oleh pihak berkuasa tempatan pada Januari 2020.

Penyerang Sweden itu memulakan karier profesionalnya di Malmo FF pada 1999 dan berpindah ke Ajax Amsterdam pada 2001 sebelum memulakan kerjaya bersama pasukan terkemuka Eropah seperti Manchester United, Inter Milan dan AC Milan.

Pernah dipuja oleh peminat di Malmo, kini Ibrahimovic telah menimbulkan kemarahan penyokong Malmo apabila dia memperoleh kepentingan dalam pasukan Hammarby pada 2019 yang merupakan seteru utama Malmo FF.

Zlatan

Ibrahimovic memulakan karier profesionalnya di Malmo FF sebelum berpindah ke Ajax Amsterdam, Barcelona, Manchester United, Inter Milan dan AC Milan. — Agensi

Penunjuk perasaan berkata, Ibrahimovic adalah 'bodoh' kerana memilih wang berbanding cinta untuk kampung halaman dan kelabnya.

"Matlamat kami adalah di dalam dunia bola sepak yang mana penyokong berada di tengah-tengah dan tiada siapa yang boleh melihat kelab mereka dibeli dan berubah dalam sekelip mata.

"Oleh itu, keuntungan daripada inisiatif ini akan digunakan untuk tujuan mempromosikan kerja menentang bola sepak moden dan komersial, yang mana kecintaan terhadap kelab dan sukan menjadi keutamaan.

“Dengan inisiatif ini, kami ingin menarik perhatian kepada masalah dalam bola sepak Sweden dan antarabangsa," kata mereka dalam satu kenyataan.

Setakat ini satu hidung palsu Ibrahimovic telah dilelong dalam talian dan menerima bidaan $500. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram