Berebut kotak parkir sampai tahap terima surat layang, bila nak selesai masalah?


  • Tular
  • Jumaat, 20 Mei 2022

Surat layang yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna di media sosial. — Facebook

BERITA tentang kejadian merebut parkir di kawasan perumahan seperti pangsapuri,flat atau projek perumahan rakyat (PPR) semakin menjadi-jadi apabila segelintir individu menjadikan hak awam umpama milik peribadi.

Kejadian ini terus berlaku apabila seorang pemilik rumah berang dan menghantar surat layang kepada individu yang didakwa cuba merebut petak parkir miliknya di sebuah kawasan perumahan.

Menerusi satu perkongsian di sosial media, seorang pengguna berkongsi gambar surat layang yang diberikannya kerana didakwa cuba merampas petak parkir yang telah ditanda oleh individu tersebut.

“Ini parkir orang. Kalau dah letak ‘tanda’ kerusi itu bermakna parkir tersebut milik seseorang. Suka hati nak ambil parkir aku, pandai pula pulangkan kerusi itu ke rumah aku. Cerdik ke bengap?,” tulis individu itu.

Difahamkan kejadian berebut parkir berkenaan berlaku di salah sebuah blok rumah pangsa, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian.

Screenshot 2022-05-19 185312

Antara komen-komen pengguna di Facebook yang berang dengan tindakan individu yang memberikan surat layang. Facebook

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen termasuk mengecam tindakan individu yang menghantar surat layang kepada pengguna tersebut.

"Jenis tak bertamadun punya orang, duduk rumah flat buat cara duduk flat, dulu saya biasa jugak duduk rumah flat 'parking' depan rumah diorang, tengok-tengok calar kereta," kata Marshitah Anie.

"Aku dulu biasa dapat surat macam ini, bukan orang lain yang bagi anak tuan rumah yang aku sewa juga, kereta dua buah, apa salahnya letak luar, tak puas hati aku letak kereta dekat dalam terus dia notis kata aku pentingkan diri sendiri," ujar Izo Sobri.

"Kalau 'parking' itu kau punya, duduk sana siang malam jaga, kalau rumah flat 'parking' terbuka sesiapa pun boleh 'parking' lain kalau kau duduk seorang-seorang dekat flat itu," jelas Hong Hasrul.

Manakala, Jabatan Pengankutan Jalanraya (JPJ) telah menetapkan hukuman bagi pesalah cop parking dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga empat ribu atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

JPJ, Parking, Parkir, Cop, Flat, Rumah, Kereta, Surat