Lelaki tangkap pencuri besi, tapi suara 'kepit' jadi perbalahan


  • Tular
  • Rabu, 18 Mei 2022

TANGKAP layar video yang memaparkan dua orang lelaki mencuri besi dan cuba menjual di kedai besi buruk.

SEORANG lelaki berang selepas dua lelaki mencuri besi yang diletakkan di rumahnya dengan tujuan untuk dijual.

Menerusi video kira-kira seminit yang terbahagi kepada dua bahagian itu, kedua-dua pencuri itu ditangkap di sebuah kedai besi buruk oleh pemilik besi berkenaan.

Selepas dijerkah, kedua-dua suspek yang berada dalam keadaan terkejut telah mengaku salah dan ingin memulangkan semula besi itu ke rumah mangsa.

Menerusi video bahagian kedua yang dimuat naik mangsa, kad pengenalan kedua-dua pencuri itu juga telah diambil untuk mengelakkan mereka lari.

Mangsa juga meminta pencuri untuk mengambil basikal yang turut dipercayai dicuri oleh mereka.

Namun, apa yang menjadi perbalahan dalam ruangan komen video yang tular itu adalah persoalan sama ada yang memarahi suspek merupakan lelaki atau wanita.

Tetapi, kebanyakan warganet optimis yang video tersebut sebenarnya dirakam oleh seorang lelaki dan bukannya seorang wanita.

Majoriti sedang menunggu respons pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram