Sukarelawan Vietnam sebak, tiada lagi kelibat pemain Harimau Muda kacak, baik budi di Nam Dinh


  • Sukan
  • Khamis, 19 Mei 2022

Hadi Fayyadh menenangkan sukarelawan wanita Vietnam itu.

PASUKAN Harimau Muda skuad Bawah 23 tahun (B-23) yang kini membuat persiapan akhir bagi menghadapi perlawanan separuh akhir menentang tuan rumah bagi temasya Sukan SEA ke-31 iaitu Vietnam membuatkan ramai tertunggu akan keputusan bakal diraih oleh skuad negara.

Barisan pemain Harimau Muda itu mendapat sokongan cukup luar biasa oleh penyokong bola sepak tanah air meskipun pada awalnya ramai tidak menyangka Malaysia boleh melangkah sejauh ini.

Malah, bukan hanya rakyat Malaysia yang suka dan beri sokongan terhadap pemain Harimau Malaya, malahan sebuah gambar tular memaparkan seorang sukarelawan Vietnam beremosi bersama skuad berkenaan.

Menerusi gambar berkenaan, seorang sukarelawan wanita, Nguyen Thi Nhung sebak apabila mengucapkan selamat tinggal kepada B-23 Malaysia kerana pasukan itu akan meninggalkan Nam Dinh untuk bergerak ke bandar Viet Tri (Phu Tho) sebagai persiapan menentang Vietnam.

Bintang muda, Hadi Fayyadh dilihat menenangkan sukarelawan berkenaan sebagai tanda terima kasih kepada wanita Vietnam itu yang membantu mereka sepanjang berada di bandar Nam Dinh.

Gambar berkenaan rata-ratanya mendapat respons positif dari warganet dan mereka menyifatkan barisan pemain muda Harimau Muda bukan saja memilik rupa paras yang kacak tetapi juga mempunyai hati yang baik sehingga disenangi semua orang.

tangkap

Tangkap layar komen dari warganet berhubung sukarelawan Vietnam yang sebak berpisah dengan skuad Harimau Muda.

"Hidup kalau menyenangkan orang, pergilah mana pun..InsyALLAH anda sentiasa dikenang," puji pemilik akaun, Mohd Razif Md Talib.

"Itulah orang Malaysia tinggi budi dan adab mudah mesra senang bawa diri ke negara orang," kata pengguna Facebook, Arill Indra.

"Orang Malaysia terutamanya orang Melayu pergi mana-mana pun orang senang. Sebab kita jenis mudah sesuaikan diri, tak bawa kepala sendiri," komen Sayyid Hadi Samsudim.

"Dah terjatuh cinta la tu..ialah orang Malaysia kan hensem-hensem haha," kata, Mohamad Yassien.

Bukan barisan pemain sahaja mendapat pujian kerana berdasarkan laporan dari Blogtuan.info, jurulatih Brad Maloney juga dianggap sebagai seorang yang peramah dan beremosi.

brad

Maloney berjabat tangan, memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang tinggal.

Dalam pada itu, perlawanan Khamis ibarat ulangan aksi separuh akhir edisi 2005 di Filipina yang menyaksikan pasukan lawan menang 2-1 dan skuad kebangsaan menamatkan saingan dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram