Beli rumah sambil menang cabutan bertuah bernilai RM8,000 di StarProperty Fair 2022@IOI City Mall


  • Bizz
  • Khamis, 19 Mei 2022

Terdapat cabutan bertuah bernilai RM8,000 menanti pengunjung StarProperty Fair 2022 yang diadakan selama lima hari bermula 18 Mei dari 10 pagi hingga 10 malam.

BAGI yang berhasrat membeli kediaman baharu, apa kata berkunjung ke pameran hartanah edisi Bumiputera, StarProperty Fair 2022 yang akan diadakan di G (West Wing) & LG (East Wing), IOI City Mall, Putrajaya selama lima hari bermula 18 Mei.

Ini kerana, anda berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM8,000 sebaik menyerahkan salinan Borang Pesanan Jualan, bukti pembayaran (resit), dan salinan kad pengenalan pembeli di gerai StarProperty sepanjang pameran yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu.

Untuk mengambil bahagian, pembeli mesti hadir untuk menyerahkan semua dokumen yang berkaitan bersama-sama dengan borang penyertaan yang lengkap dan menjawab soalan kelayakan.

Selain itu, pengunjung program anjuran StarProperty Sdn Bhd ini juga boleh mendapatkan hadiah istimewa bernilai RM3,000 yang terbuka kepada semua pelawat pameran berkenaan.

Pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR, jawab semua soalan tinjauan dan serahkan borang sebelum berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah untuk memenangi hadiah.

Antara pempamer yang turut mengambil bahagian dalam pameran selama lima hari itu termasuklah Gamuda Land, Setia Safiro Sdn Bhd, Osk Property, Seri Pajam Development, Binastra Land Sdn Bhd, Lagenda Properties Berhad, Tropicana Corporation Berhad, Matrix Concepts Holdings Berhad, IJM Land Berhad, Nadi Cergas Development, IOI Properties Group, Mah Sing Group Berhad dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

StarProperty Fair 2022 dianjurkan oleh StarProperty Sdn Bhd. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram