PELANCONGAN adalah antara salah satu cara untuk orang ramai untuk meremajakan diri mereka dan lantaran itu, American Tourister menawarkan diskaun eksklusif kepada pembaca Majoriti, portal yang semakin dikenali ramai.
Jenama pelancongan yang dipercayai dan terkenal di peringkat antarabangsa itu bekerjasama dengan Majoriti, untuk memberi diskaun tambahan sebanyak 15 peratus kepada pencinta pelancongan menerusi produk American Tourister.
"Semakin ramai orang melancong dalam negara atau menikmati percutian. Apakah cara lebih baik untuk memulakan percutian mereka dengan mempunyai peralatan yang sesuai dengan gaya perjalanan mereka. Kerjasama itu diwujudkan pada masa sesuai, yang mana Majoriti dan American Tourister mampu menawarkan jiwa perantau sebagai kaedah untuk menaik taraf bagasi mereka.
"American Tourister sentiasa melihat cara supaya mereka boleh mengembangkan produk mereka untuk menambat hati pengguna. Begitu juga Majoriti yang berusaha untuk membawa berita paling menarik dan terkini kepada pembaca kami," kata Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee.
"Kami melihat sinergi antara Majoriti dan American Tourister. Komitmen jenama kami untuk menawarkan pelbagai pilihan produk gaya hidup yang bergaya, berkualiti tinggi dan mampu milik - bagasi, beg galas, beg dan aksesori untuk semua jenis perjalanan. Kami percaya, kerjasama dengan Majoriti akan memberi nilai tambah kepada pelanggan kami dan menjangkau lebih ramai pengguna," kata Pengurus Besar Samsonite Malaysia, Ambert Khoo.
Sejak penubuhannya diasaskan oleh Sol Koffler pada tahun 1933, American Tourister telah berkembang menjadi salah satu jenama yang paling dipercayai dan diiktiraf dengan warisan yang menjangkau lebih daripada 80 tahun.
Komitmen jenama untuk menawarkan bagasi yang tahan lama dan mampu milik bermula pada tahun 1930-an dan berterusan sehingga kini.
American Tourister, yang juga dibeli oleh Samsonite meneruskan tradisinya dalam menawarkan kualiti dan reka bentuk unggul dengan nilai hebat serta menawarkan pelbagai peralatan pelancongan kepada orang ramai.
Majoriti yang juga portal berita bahasa Malaysia memberi tumpuan dalam menyediakan laporan mengenai hal ehwal semasa, selain membawa nilai tambah kepada pelanggan bersama rakan kongsi strategiknya.
Dengan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisar tentang penyediaan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai.
Majoriti mula bekerjasama dengan kepelbagaian rakan kongsi untuk mengembangkan tawaran masing-masing.
Rakan kongsi sedia ada termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), AEON Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd, Yoodo, Petronas Dagangan Berhad, hotel-hotel di bawah IOI Properties Group Berhad dan lain-lain yang akan diumumkan kelak.
Orang ramai boleh melayari majoriti.com.my untuk melanggan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Majoriti. — Majoriti
*Nota: Diskaun tidak terpakai untuk aksesori perjalanan dan tawaran tidak boleh digabungkan dengan keistimewaan kad lain, promosi, tawaran atau program kesetiaan.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram