PORTAL Majoriti sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan kerjasama dengan IOI Properties Group Berhad (IOIPG), sekali gus bakal menawarkan pakej bufet eksklusif untuk para pembaca dan pelanggan.
Menerusi kerjasama terbaharu itu, penggemar makanan akan dapat menerima tawaran eksklusif untuk menikmati hidangan bufet yang lazat di hotel berprestij IOIPG yang turut memenangi anugerah seperti Hotel Le Meridien Putrajaya; Hotel Marriot Putrajaya; Four Points by Sheraton Puchong dan Hotel Palm Garden Putrajaya.
"Makanan merupakan sesuatu yang menyatukan semua orang dan kami pasti ramai yang menginginkan untuk menjamu selera dan menghadiahkan diri mereka sendiri dengan hidangan yang lazat di kesemua hotel terkemuka itu.
"Kami sangat teruja kerana dapat memberikan tawaran hebat kepada pelanggan Majoriti.
"Ini adalah ucapan terima kasih kepada IOIPG yang berkongsi hasrat yang sama seperti kami untuk sentiasa mengutamakan keperluan pengguna serta membawa nilai tambah sebagai sebahagian daripada tawaran mereka," kata Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee.
Sementara itu, Pengurus Besar Kluster IOI Properties, Kumar Renoo berkata, pihaknya berharap dapat memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada mereka yang mencari pengalaman tempatan unik, masakan serta perkhidmatan terbaik sekiranya berkunjung ke IOI Resort City.
"Beberapa tawaran menarik juga perlu diberi perhatian di platform Majoriti termasuklah diskaun pakej bufet IOIPG yang lazat," katanya.
Majoriti merupakan portal Bahasa Melayu baharu yang memberi tumpuan kepada menyediakan laporan berhubung hal ehwal semasa.
Selain itu, Majoriti juga memberikan nilai tambah kepada para pembaca bersama-sama rakan strategiknya.
Berslogankan Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisar tentang menyediakan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Majoriti atau cara untuk melanggan, sila layari majoriti.com.my— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram