Ulangan edisi 2005, 7 fakta menarik separuh akhir Sukan SEA 2021


  • Podium
  • Khamis, 19 Mei 2022

7 fakta menarik yang menghangatkan lagi perlawanan separuh akhir Sukan Sea edisi 2021 kali ini.

PERINGKAT kumpulan bola sepak lelaki Sukan SEA Vietnam 2021 sudah selesai dan empat pasukan terbaik akan meneruskan langkah ke peringkat separuh akhir pada Khamis.

Empat pasukan itu ialah Vietnam, Indonesia, Thailand dan Malaysia yang layak sebagai juara dan naib juara kumpulan.

Vietnam yang menjuarai Kumpulan A akan berdepan naib juara Kumpulan B iaitu Malaysia manakala pemenang Kumpulan B, Thailand akan menentang naib juara Kumpulan B Indonesia.

Perlawanan separuh akhir ini akan diadakan serentak pada hari Khamis pukul 8 malam dan perlawanan Vietnam menentang Malaysia diadakan di Stadium Viet Tri manakala Thailand menentang Indonesia diadakan di Stadium Thien Truo.

malaysia-singapore-sea-games_1

Pasukan kebangsaan telah melayakkan diri dengan dua kemenangan dan seri dua kali daripada empat perlawanan untuk menempatkan diri sebagai naib juara kumpulan. Facebook

Berikut adalah 7 fakta yang menarik di separuh akhir Sukan SEA 2021.

1. Semasa pusingan awal Kumpulan A dan B sebanyak 20 perlawanan telah dimainkan, 69 gol dijaringkan, tiga gol sendiri, 58 kad kuning dan satu kad merah.

Tiga gol sendiri dijaringkan oleh pemain Laos Anantaza Siphongphan (menentang Kemboja), At Viengkham (menentang Thailand) dan Harhys Stewart (menentang Thailand).

Manakala pemain pertahanan Thailand, Jonathan Khamdee telah mendapat satu kad merah semasa perlawanan menentang Malaysia.

JK

Jonathan Khemdee (Thailand) telah dilayangkan kad merah semasa perlawanan bertemu Malaysia selepas mengasari Syahir Bashah (Malaysia). Agensi

2. Kemenangan ke atas Myanmar menjadikan Indonesia berjaya mengekalkan tradisi layak ke separuh akhir Sukan SEA bermula 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2019.

Selain itu, sejak Sukan SEA menggunakan format pemain bawah 23tahun pada acara sukan bola sepak pada tahun 2001, ini adalah separuh akhir yang ketujuh buat pasukan Indonesia.

281567284_1446861152446924_1913138054444912259_n

Indonesia telah melayakkan diri sebanyak lima kali berturut-turut sejak diperkenalkan pada tahun 2011 Facebook

3. Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Indonesia menjadi pasukan yang paling kerap memasuki separuh akhir berbanding pasukan lain iaitu sebanyak lima kali berturut-turut.

Bagaimanapun, Indonesia adalah satu-satunya pasukan yang masih belum memenangi pingat emas sejak 2011.

Thailand hanya tiga kali melepasi peringkat separuh akhir iaitu pada Sukan SEA 2013, 2015 dan 2017, sekali gus memenangi pingat emas pada tahun-tahun tersebut.

Vietnam memasuki peringkat separuh akhir pada 2011, 2015 dan 2019 dan menjadi juara pada edisi 2019.

Malaysia pula sebanyak tiga kali melayakkan diri ke separuh akhir iaitu 2011, 2013 dan 2017 dan menjadi juara pada acara Sukan SEA 2011.

Screenshot_2022-05-18 Sukan SEA Luqman Hakim dua gol bantu Malaysia membalas dendam ke atas Laos sukan - BeritaKini biz

Luqman Hakim (Malaysia) berpeluang menjadi penjaring terbanyak untuk edisi Sukan SEA 2021 kali ini selepas telah menjaringkan sebanyak tiga gol. Agensi

4. Terdapat empat pemain yang akan bersaing untuk merebut gelaran penjaring terbanyak pada separuh akhir Sukan SEA 2021.

Mereka ialah Witan Sulaeman, Egy Maulana Vikri (Indonesia), Luqman Hakim Shamsudin (Malaysia) dan Patrik Gustavsson (Thailand), keempat-empat pemain telah menjaringkan tiga gol setakat ini.

Screenshot_2022-05-18 Sukan SEA Vietnam Hampiri Slot Akhir - Sukan mStar

Vietnam merupakan pasukan yang paling sikit menjaringkan gol dan paling tiada bolos pada peringkat kumpulan edisi kali ini.

5. Daripada empat pasukan separuh akhir, tuan rumah Vietnam adalah yang paling rendah dari segi menjaringkan gol. Pasukan yang dibimbing oleh Park Hang-seo hanya menjaringkan enam gol daripada empat perlawanan.

Manakala pasukan yang mempunyai gol tertinggi ialah Thailand dengan 12 gol, diikuti Indonesia dengan 11 gol dan Malaysia dengan 9 gol.

6. Walaupun Vietnam merupakan pasukan yang tidak banyak menjaringkan gol, pasukan bimbingan Hang-Seo adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah bolos berbanding empat pasukan lain.

Jaringan bolos pasukan Vietnam kekal kosong pada empat perlawanan dalam Kumpulan A, manakala pasukan yang bolos paling banyak ialah Malaysia (6 gol), diikuti Indonesia (5 gol) dan Thailand (2 gol).

7. Separuh akhir ini mengimbau kembali momen-momen separuh akhir Sukan SEA 2005 dengan Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Thailand melayakkan diri ke separuh akhir.

Cara keempat-empat pasukan ini layak adalah sama dan yang membezakan hanyalah kumpulan sahaja. Pada 2005, Thailand dan Malaysia layak sebagai juara dan naib juara Kumpulan A, manakala Vietnam dan Indonesia layak sebagai juara dan naib juara Kumpulan B.

Jadual pertembungan dalam perlawanan separuh akhir adalah sama iaitu Indonesia menentang Thailand dan Vietnam akan bertemu Malaysia.

Ketika itu Thailand muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-1 di separuh akhir dan menundukkan Vietnam 3-0 di final, manakala ketika dalam perrebutan pingat gangsa, Indonesia tewas 0-1 kepada Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram