Takziah, 5 mangsa rentung penuntut USAS


  • 112
  • Khamis, 12 Mei 2022

KEADAAN kenderaan yang hangus terbakar dalam kemalangan melibatkan dua buah lori treler.

NAIB Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi mengucapkan takziah kepada keluarga besar USAS yang kehilangan lima pelajar dalam kemalangan tengah malam Rabu.

"Innalillah wainna ilaihi raajiuun. Allah jua yang mengasihi lima pelajar kami yang meninggal kerana kemalangan pagi ini," katanya dalam status di Facebook.

Terdahulu, lima rentung dilaporkan rentung apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, selepas Terowong Menora di Ipoh, Perak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima pukul 12.52 tengah malam Rabu.

"Nahas membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

"Lima mangsa di dalam kereta disahkan maut setelepas rentung oleh pegawai perubatan hospital dengan kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan," katanya.

Dalam kejadian tersebut, lima daripada lapan individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di KM246 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram