Lima rentung nahas dekat Terowong Menora, trafik sesak 13km


  • Primer
  • Khamis, 12 Mei 2022

Bomba sedang berusaha memadamkan dan mengeluarkan mangsa yang rentung selepas terlibat kemalangan.

NAHAS mengakibatkan lima individu rentung di KM246, Lebuh raya Utara Selatan (Plus) arah utara, di sini, tengah malam tadi mengakibtkan aliran trafik perlahan dan sesak sejauh 13 kilometer (KM).

PLUS Berhad menerusi ciapan di Twitter @plustrafik, memaklumkan setakat jam 7.41 pagi ini, lorong kanan menghala utara sudah dibuka manakala lorong kiri masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan.

WhatsApp Image 2022-05-12 at 11.36.23 AM

Ciapan Plus berkenaan kesesakan jalan akibat kemalangan pada tengah malam Rabu.

Menurut ciapan itu, laluan kontra turut diaktifkan.

"Trafik sesak 13KM arah utara dan trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif," kata ciapan itu setakat pukul 7.41 pagi tadi.

Lima individu rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam Rabu.

Maklumat awal kejadian sekitar 12.52 malam itu memaklumkan, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan dua kenderaan terbabit.

Punca kejadian dan identiti semua mangsa masih belum diperoleh setakat ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, lima mangsa yang rentung merupakan pemandu dan penumpang kereta dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Treler membawa muatan besi terbabit turut mengalami kebakaran 90 peratus, begitupun pemandu kenderaan berat itu dilaporkan selamat," katanya.

Operasi menyelamat turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Kamunting dan Ipoh, Perak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram