Dua pelatih pusat serenti sempat tukar baju sebelum dicekup semula di Padang Besar


  • 112
  • Isnin, 09 Mei 2022

Dua pelatih Puspen yang melarikan diri pada Ahad. — IPD Padang Besar

DUA pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang, Beseri, Perlis yang melarikan diri pada Sabtu, ditahan semula pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kedua-dua tahanan lelaki itu, ditahan di hadapan sebuah kilang di Chuping pada 1.00 tengah hari Isnin.

"Ketika ditahan, kedua pelatih masing-masing berusia 51 dan 44 tahun, masih memakai seluar ‘trek’ gelap namun baju berbeza daripada sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua pelatih itu kini ditahan di lokap Balai Polis Padang Besar.

Pada Ahad, Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar telah melancar Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih terlibat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, tahan, pelatih, Puspen