Vandalisme: CCTV ada, mana nak lari


  • Massa
  • Ahad, 24 Apr 2022

Tangkap layar rakaman CCTV remaja menggunakan tiang papan tanda untuk bermain skateboard. — DBKL

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan kumpulan remaja yang bertindak merosakkan papan tanda di kawasan Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) Medan Pasar di ibu negara pada Sabtu.

Unit Media DBKL berkata, perbuatan vandalisme untuk permainan papan selaju atau skateboard itu dikesan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

278526382_529683315387029_7581178085263849370_n

Papan tanda yang telah dipatahkan oleh remaja yang bermain skateboard. — DBKL

Lantaran itu, DBKL yang membuat susulan segera di kawasan berkenaan mendapati remaja tersebut telah melarikan diri.

"Mereka yang melakukan salah laku terhadap harta benda awam boleh dikenakan denda sehingga maksimum RM2,000.

"Beriadah boleh tapi jangan merosakkan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

278693956_529683292053698_6598260900032616865_n

Identiti pelaku sempat dirakam oleh CCTV. — DBKL

Dipercayai, tiang pada papan tanda mengenai larangan motosikal masuk ke kawasan itu telah dicabut oleh remaja yang sedang bermain skateboard di kawasan itu sekitar jam 11.15 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram