Tergamak rembat baju orang lain di kedai dobi di Rengit pagi-pagi raya


  • Tular
  • Selasa, 03 Mei 2022

Tangkap layar video wanita membawa pergi bakul biru yang berisi baju selesai dicuci.

TATKALA orang ramai kelam-kabut membuat persiapan raya berikutan tidak menjangka bahawa 1 Syawal disambut pada Isnin, ada pihak sengaja mengambil kesempatan dengan melakukan jenayah atas kesibukan orang lain.

Pada awal pagi Isnin, seorang wanita bertindak mencuri baju milik pelanggan lain di sebuah dobi dipercayai berlaku dekat selatan tanah air.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira pukul 12 pagi itu, seorang wanita dilihat mengeluarkan semua baju yang berada di dalam bakul biru dan memasukkkannya ke dalam sebuah bakul kosong berwarna merah.

Video berdurasi 23 saat itu memaparkan, wanita tersebut juga mengeluarkan baju yang berada di dalam salah satu mesin basuh serta memasukkannya ke dalam bakul biru tersebut.

Dia kemudian dilihat mencampurkan baju yang berada di dalam bakul merah dan bakul biru ke dalam mesin basuh sama.

Dalam video berasingan, wanita itu dilihat membawa pergi bakul biru yang berisi baju yang selesai dicuci.

Sementara itu, laman Facebook Community Roda Johor (CRJ) berkata, kejadian curi baju pelanggan di dobi itu berlaku di Rengit, Johor.

"Sesiapa mempunyai maklumat mohon hubungi 018-7914360. Kerjasama anda semua amat dihargai.Terima kasih," katanya.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi pihak berkuasa berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

curi baju, dobi, Rengit, Johor, pagi raya, Aidilfitri