PENDUDUK kampung jangan buat tindakan sendiri! Itu antara pendapat yang dikeluarkan oleh warganet media sosial tentang kejadian membakar sebuah kereta yang didakwa mencuri lembu di Felda Neram, Kemaman, Terengganu.
Dalam video yang tersebar di laman Facebook itu menunjukkan api yang sangat marak mengelilingi kereta berkenaan setelah penduduk kampung memutuskan untuk membakar kenderaan itu.
Rakaman video penduduk kampung membakar kereta yang terbabit kegiatan curi lembu di Felda Neram.
Namun begitu, sehingga kini suspek yang didakwa terbabit dalam kegiatan mencuri lembu itu masih belum diketahui.
Menurut salah satu daripada penduduk kampung yang berada di tempat kejadian, seekor lembu itu telah mati dan yang lain berjaya dipindahkan oleh warga Felda Neram.
Malah, terdapat beberapa warganet mendakwa kenderaan yang dibakar adalah sebuah kereta curi.
Ramai yang mempersoalkan tindakan penduduk kampung itu dan menyifatkan terlalu terburu-buru membuat keputusan tanpa mengetahui siapakah pelaku yang sebenar.
"Kalaulah kereta itu kereta itu kereta orang yang mencuri takpe, kalau tidak habis pemilik kereta itu. Tapi mereka kan orang pandai. Kira buat begini selesailah. Masa lembu kena curi, pemilik pun tidak muncul kan," kata Halimah Mohd Noor.
"Salah tindakan itu, lembu yang diambil bukan milik siapa-siapa. Kenapa sampai bakar kereta," kata Pok Nik.
Majoriti masih menunggu maklum balas daripada penduduk berhubung kejadian tersebut dan tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram