GARA-GARA kecewa dengan tindakan anaknya enggan memberikan wang, wanita warga emas bertindak mencuri telefon pintar milik anak sulungnya.
Tambah menyedihkan apabila wanita hanya dikenali sebagai AL, 68, bekerja mengambil upah mencuci baju di rumah anaknya, S.
Namun S langsung tidak memberikan sebarang wang kepadanya.
Tambahan pula, AL mempunyai hutang, maka dia terpaksa mencuri telefon S kerana terdesak.
"Dia merupakan anak sulung, namun saya sedih, jadi saya mencuri telefonnya dan menjual telefon itu.
"Dia tidak menyara saya meskipun lima cucu tinggal bersama saya," kata AL.
Desakan hidup buat AL curi telefon berkenaan. — Gambar hiasan/Facebook
AL mendedahkan duit jualan telefon itu digunakan untuk membayar hutangnya.
Pada mulanya, S membuat laporan polis selepas kehilangan telefonnya di rumahnya sendiri di Kampung Mayura, Daerah Cakranegara, Bandar Mataram pada Disember 2021.
Polis menjalankan siasatan selama empat bulan untuk menjejaki telefon tersebut.
Menurut laporan, AL mencuri telefon berkenaan ketika S sedang tidur.
Sejurus S mengetahui ibunya merupakan suspek kecurian itu, dia terus menarik balik laporan terbabit.
Menurut Ketua Polis Mataram, Heri Wahyudi, sewaktu proses siasatan dijalankan, AL tidak ditahan reman. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram