Hadiah Aidilfitri istimewa Zii Jia untuk rakyat Malaysia, juara BAC 2022


  • Podium
  • Ahad, 01 Mei 2022

Gelaran Asia itu pastinya menjadi pembakar semangat terbaik buat Zii Jia bagi mengetuai cabaran Malaysia pada saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand bermula dari 8 hingga 15 Mei ini.

JAGUH perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran sulung di pentas Asia apabila menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina pada Ahad.

Dalam aksi final di Komplek Sukan Muntinlupa itu, Zii Jia menewaskan pemain nombor lapan dunia dari Indonesia, Jonatan Christie dengan kemenangan staright set 21-17, 23-21.

Kejayaan itu menyaksikan Zii Jia yang juga pemain nombor tujuh dunia berjaya mengulangi kejayaan yang pernah dilakar legenda negara, Datuk Lee Chong Wei ketika menjuarai edisi 2016 di Wuhan, China.

Gelaran Asia itu pastinya menjadi pembakar semangat terbaik buat Zii Jia bagi mengetuai cabaran Malaysia pada saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand bermula dari 8 hingga 15 Mei ini.

Sebelum itu, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur tumbang di tangan gandingan muda Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan 21-23, 10-21 di pentas final.

Kekalahan pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyaksikan Malaysia terus gagal mengakhiri penantian dalam acara beregu lelaki sejak kali terakhir dimenangi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada BAC 2007. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram