Gara-gara cemburu, suami kaki lalok pukul kepala isteri guna kayu di Kluang


  • 112
  • Ahad, 17 Apr 2022

Keadaan mangsa selepas yang cedera di bahagian kepala akibat dipukul suaminya menggunakan kayu. — PDRM

SEORANG wanita cedera di kepala selepas dipercayai dipukul suaminya menggunakan kayu dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Ladang Sindora, Layang-Layang di Kluang, Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Timbalan Superitendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku pada jam 12.51 tengah hari Jumaat dan mangsa kini dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

“Suspek ditahan keesokan harinya, pada Sabtu jam 3 petang di sekitar Ladang Sindora.

"Siasatan awal mendapati motif serangan adalah disebabkan cemburu. Ujian air kencing juga mendapati suami positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan bahaya menggunakan senjata berbahaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram