Langgar lari 2 mangsa di Iskandar Puteri, peniaga ikan pandu kereta kawan serah diri


  • 112
  • Jumaat, 15 Apr 2022

Suspek bertindak melarikan diri selepas melanggar mangsa. — Facebook

SEORANG peniaga ikan yang dipercayai terlibat dalam insiden langgar lari di dua lokasi berbeza pada Isnin lalu, dilaporkan menyerah diri pada Jumaat.

Lelaki berkenaan menyerah ri didi Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supritendan Ibrahim Mat Som, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan selepas hadir di balai polis berkenaan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.

"Dua laporan dibuat berhubung kejadian itu melibatkan kes pertama di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, manakala kes kedua berlaku di Persiaran Ledang Iskandar Puteri pada kira-kira 9.30 malam, yang turut tular di media sosial.

"Pemandu hadir ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut, manakala pemilik kereta Toyota C-HR berwarna merah itu dikesan dan mendakwa meminjamkan kereta tersebut kepada rakannya.

"Kita turut merampas kereta terbabit dan suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk direman selama dua hari bermula Jumaat," ujarnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Screenshot 2022-04-15 180830

Tangkap layar video suspek melanggar seorang penunggang motosikal. — Facebook

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Terdahulu, Majoriti pada Rabu melaporkan tindakan seorang pemandu memandu secara berbahaya di dua lokasi berbeza, sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum terus memecut laju meninggalkan mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram