
SATU video yang memaparkan pergaduhan antara jiran akibat pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan mengganggu privasi tular di media sosial sejak Rabu.
Menerusi video tersebut, seorang lelaki memarahi jirannya kerana mendakwa CCTV yang dipasang menghala ke rumahnya.
Dia yang tidak berpuas hati dengan perkara itu datang ke rumah jirannya untuk untuk menyuarakan perkara itu dan berlaku pergaduhan mulut antara kedua-duanya.
Lelaki itu berulang-ulang kali menyoal jirannya mengapa CCTV tersebut dihala ke rumahnya dan turut menyoal sama ada jirannya itu mahu mengintai bininya.
Keadaan menjadi tegang selepas kedua-duanya mula meninggikan suara dan orang ramai cuba menenangkan mereka berdua.
Lokasi kejadian masih belum dikenal pasti, selain masih belum terdapat sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram