
ISU melibatkan warga asing sering menjadi bahan bualan pengguna media sosial dari yang bekerja tanpa permit sehinggalah golongan berkenaan berbuat suka hati dengan menunggang motosikal tanpa lesen di Malaysia.
Perbuatan mereka yang menunggang kenderaan dua roda itu tanpa lesen sering sahaja tertangkap oleh orang awam namun masih sahaja ia berlaku meskipun ada yang telah diambil tindakan dari pihak berkuasa.
Terbaharu, tular di media sosial seorang lelaki yang menyoal dua orang warga Myanmar yang dipercayai menggunakan motosikal roda tiga dan menunggangnya di sekitar lebuh raya Pasir Gudang, Johor.
Rakaman lelaki itu menyoal dua warga asing Myanmar berkenaan lesen motor.
"Malaysia ini peliklah boleh pula orang Myanmar tiada lesen bawa motor. Kalau langgar orang di jalan raya macam mana? Awak boleh claim insurans ke? Lesen tiada, permit tiada. Mana permit awak?," soal lelaki itu.
Dalam video yang berdurasi 45 saat itu menunjukkan sikap warga asing bersikap endah tidak endah dengan teguran lelaki itu dan menengking kembali selepas disoal berkaitan lesen mereka.
Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa marah terhadap warga asing tersebut dan tidak kurang juga yang menyalahkan kerajaan kerana bersikap seakan terlalu 'murah hati' terhadap kelompok itu.
"Kita rakyat Malaysia jika hendak memandu kenderaan perlukan lesen, jika hendak meniaga perlukan lesen...tapi mereka bebas melakukannya tanpa ada apa-apa sekatan!!..
"Mohon kerajaan haramkan saja kad u*nhcr! Jika kad ini masih wujud maka masalah pati di dalam negara tidak akan selesai....Kami rakyat malaysia perlukan sesebuah kerajaan yang tegas bukan lemah," ujar Mat Sentol.
Perkara sebegini sepatutnya menjadi perhatian pihak berkuasa dan orang ramai juga perlu bertindak dengan tegas dengan memanggil pihak yang berwajib untuk diambil tindakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram