3,361 kes baharu Covid-19 pada Selasa


  • Primer
  • Rabu, 27 Apr 2022

Seramai 1,531 orang dimasukkan ke hospital, manakala 101 daripada jumlah itu dirawat di ICU.

SEBANYAK 3,361 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 4,339,521 kes.

Menurut portal CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM), 3,355 daripada jangkitan baharu Covid-19 di negara ini merupakan penularan tempatan, manakala enam lagi adalah kes import.

Malaysia juga menyaksikan 8,484 kes pulih, manakala jumlah jangkitan aktif sebanyak 61,871 kes.

Daripada jumlah itu, 60,192 orang atau 97.4 peratus sedang dikuarantin di rumah, manakala 77 orang atau 0.1 peratus sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC).

Selain itu, terdapat 11 kematian baharu dilaporkan dengan jumlah kumulatif 35,519.

Selain itu, seramai 1,531 orang dimasukkan ke hospital, manakala 101 daripada jumlah itu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 63 orang memerlukan bantuan pernafasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Covid-19, KKM, kes baharu