'Gengster' Chendering, tergamak pukul budak darjah 3


  • Berita
  • Isnin, 25 Apr 2022

Mangsa telah mendapatkan rawatan akibat kecederaan selepas dipukul sebelum membuat laporan polis. — Twitter

SEORANG kanak-kanak darjah tiga mengalami lupa di kepala selepas didakwa dipukul oleh bapa kepada kawan kanak-kanak itu.

Menerusi satu laporan polis yang tular di Twitter, kejadian berlaku pada 24 April lalu di Terengganu kira-kira pukul 1 petang.

Laporan polis yang dibuat bapa mangsa itu menyebut yang anaknya telah dipukul oleh bapa kepada kawan mangsa di luar kawasan sekolah.

WhatsApp Image 2022-04-25 at 11.15.20 AM

WhatsApp Image 2022-04-25 at 11.14.55 AM

Tangkap layar yang memaparkan luahan rasa tidak puas hati terhadap tindakan lelaki memukul budak darjah 3.

Ekoran itu, pihak sekolah telah menghubungi bapa mangsa yang kemudiannya mendapati anaknya mengalami luka dan berdarah di bahagian belakang kepala.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut mengecam tindakan suspek yang mencederakan kanak-kanak tersebut apatah lagi ketika bulan Ramadan.

Pengguna Twitter bernama PakcikKomeng berkata, suspek sepatutnya menegur sahaja kanak-kanak itu dengan profesional.

"Tergamak pukul budak darjah 3. Nak tunjuk gengster dekat budak umur 9 tahun. Perangai macam tak bertamadun," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram