Penjaja di Kepong kesal, DBKL pilih bulu


  • Primer
  • Isnin, 18 Apr 2022

Antara penjaja yang menggunakan ruang meletak kenderaan untuk berniaga di Kepong, Kuala Lumpur.

PENIAGA yang beroperasi di sepanjang Jalan Rimbunan Raya 1, Kepong, Kuala Lumpur mendakwa mereka dilayan secara tidak adil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menerima saman dan diminta untuk menghentikan operasi.

Seorang penjual pau, Chan Boon Yoong, 31, berkata, dia sebelum ini sudah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen peniaga kecil dari DBKL namun tidak berjaya.

"Saya dimaklumkan untuk berniaga dengan menggunakan trak makanan atau berhenti berniaga.

"Tetapi untuk berniaga menggunakan trak makanan, saya perlu membayar hampir RM1,000 sebulan untuk lesen serta membayar RM30 untuk sewa tempat letak kereta selama sehari.

"Jumlah bayaran itu terlalu tinggi sedangkan saya hanya mendapat untung antara 70sen dan 80sen setiap pau.

"Saya boleh menaikkan harga saya tetapi saya akan kehilangan pelanggan," kata Chan yang memulakan perniagaan selepas kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19.

Aktivis masyarakat, Yee Poh Ping berkata, adalah tidak adil bagi peniaga yang menjalankan aktiviti serupa di kawasan yang sama tetapi dilayan secara berbeza.

Jelasnya, mereka yang menggunakan trak makanan dibenarkan berniaga malah turut menyekat seluruh jalan pada lewat petng dengan meja dan kerusi.

"DBKL gagal mempertimbangkan perkara itu apabila mereka membenarkan trak makanan beroperasi. Mereka mengambil alih perniagaan dari restoran dan kafe di sini,” kata Yee.

Ahli Persatuan Pengusaha Trak Makanan Kuala Lumpur, Wan Chin Hong berkata. DBKL telah menetapkan kawasan itu sebagai lokasi khas untuk trak makanan.

file7ih3gvyyeuw1a1hino7c

Antara peniaga trak makanan yang dibenarkan berniaga oleh DBKL.

"20 trak makanan telah mendaftar untuk berniaga di Jalan Rimbunan Raya 1.

"Ahli persatuan juga telah mengatur anggota Rela untuk mengarahkan lalu lintas pada waktu petang apabila kerusi dan meja disusun di kawasan jalan," katanya.

Chin Hong menambah bahawa adalah tidak adil untuk meminta pengusaha trak makanan berhenti berniaga di kawasan itu kerana mereka telah memohon lesen.

David Wan, 28, yang menjual penkek daun bawang berkata, sebagai peniaga yang sah, mereka harus dibenarkan mencari rezeki yang jujur.

"Apabila mereka meletak kenderaan di ruang kami, kami meminta mereka meninggalkan nombor telefon mereka di kereta masing-masing supaya kami boleh menghubungi mereka apabila trak tiba untuk memulakan perniagaan," kata Wan.

Sementra itu, DBKL tidak memberi sebarang respons berkaitan dengan isu tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram