Warga asing makin 'besar kepala', halang tugas penguatkuasa DBKL


  • Tular
  • Sabtu, 09 Apr 2022

SEORANG warga asing (baju putih) ditahan dalam operasi itu. — Facebook

TULAR di media sosial pada Sabtu berhubung kekecohan yang berlaku ketika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan operasi terhadap penjaja haram di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 33 saat itu, kekecohan berlaku apabila penguatkuasa DBKL menahan seorang lelaki Rohingya, namun sekumpulan warga asing dilihat menghalang tugas pihak berkuasa.

Selain itu, beberapa wanita warga asing juga dilihat terbabit dalam kekecohan tersebut.

Tindakan sekumpulan warga asing yang menghalang tugas pihak berkuasa mengundang kecaman warganet di media sosial.

"Tengok sendirilah kerajaan, betapa kurang ajarnya bangsa asing ini di Malaysia, dah buat salah, tak boleh terima mereka kena tangkap.

"Jangan Malaysia dah ada rusuhan besar, baru nak bertindak. Patutlah Myanmar bantai puak (Rohingya) ini, tak pernah bersyukur.

"Bila masuk pendatang asing ke Malaysia, huru-hara Malaysia.

"Kita ambil mereka untuk bekerja, bukan nak tunjuk kuasa di Malaysia.

"Undang-undang Malaysia terlalu berlembut, tiada respect (hormat) langsung," kata pengguna Facebook, Jasa Zack.

"Hantar saja Rohingya ini semua balik. Mereka ada negara mereka sendiri.

"Dibiarkan lama di sini, makin besar kepala nanti, macam 'Long Tiger'," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Hikmat Tamingsari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Rohingya, DBKL, penguatkuasa, operasi, penjaja, haram