
HOTEL di Melaka akan terus mengekalkan harga berpatutan untuk bufet Ramadan berikutan peningkatan mendadak tempahan untuk berbuka puasa sejak hujung minggu lalu.
Pengerusi Persatuan Hotel Hotel Malaysia (MAH) Melaka, Khairulnizam Kasim berkata, beberapa hotel mula menerima tempahan berterusan terutamanya selepas pengeluarkan khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dikreditkan ke dalam akaun pemohon.
"Beberapa hotel kami telah menyaksikan sambutan hangat pada bufet Ramadan mereka dan kini secara beransur-ansur mendapat tempahan.
"Saya percaya trend ini adalah kesan daripada pembayaran KWSP dan ahli-ahli hotel kami akan terus mengekalkan harga bufet,” katanya.
Khairulnizam berkata, beberapa hotel mula mendapat sambutan yang meriah sejak awal Ramadan lagi dan dijangka akan bertambah menjelang minggu terakhir Ramdan.
Jelasnya, mereka juga menjangkakan bahawa hotel di Melaka akan dipenuhi dengan warga Singapura berikutan cuti sekolah yang akan datang.
Bekas juruteknik kilang, Sabaruddin Ahmad, 49, dari Pulau Gadong, Melaka, berkata, dia membawa keluarganya untuk berbuka puasa di sebuah hotel di sini selepas menerima bayaran KWSP pada Selasa.
"Kami (keluarga) selalunya makan di luar sekurang-kurangnya sekali di hotel sepanjang Ramadan sebelum ini, tetapi saya tidak dapat membawa keluarga sejak dua tahun lepas selepas mengalami kerugian dalam perniagaan mencuci kereta akibat Covid-19.
"Alhamdulillah perniagaan kini sudah beransur pulih dan memutuskan untuk menggunakan sejumlah kecil daripada bayaran KWSP untuk membelanja keluarga,” katanya.
Sabaruddin berkata, dia meletak jawatan sebagai juruteknik pada 2018 untuk menceburi perniagaan sendiri dan menjadi pencarum KWSP sejak berusia 19 tahun. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram