SEORANG lelaki warga emas maut selepas bertindak membakar dirinya di Jalan Pakatan Jaya, Taman Perkatan Jaya, dekat Ipoh, Perak pada Selasa pagi.
Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Bercham Ipoh, Goh Choon Keat berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 9.38 pagi, manakala seramai enam anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihak bomba tiba ke lokasi kejadian pada pukul 9.44 pagi seterusnya melakukan kerja-kerja pemadaman api pada badan mangsa.
Operasi pemadaman api tamat pada pukul 11.21 pagi.
Pihak bomba menutupi badan mangsa menggunakan kertas surat khabar. — Facebook
Dalam kejadian, katanya, mangsa yang berusia 74 tahun itu bertindak menyimbah minyak petrol pada badannya dipercayai akibat mengalami tekanan perasaan.
"Adik mangsa ada beritahu mangsa menghidapi penyakit tapi tak beritahu jenis penyakit," katanya kepada Majoriti.
Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Balai Polis Tambun, Ipoh untuk siasatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram