Kecoh asap berkepul-kepul di Serendah, rupa-rupanya gudang barang elektrik terbakar


  • Tular
  • Selasa, 19 Apr 2022

Keadaan sebuah gudang di Serendah yang terbakar pada Selasa. — JBPM

SEBUAH video tular memaparkan sebuah kilang terbakar berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serendah, Selangor pada Selasa petang.

Video berdurasi 23 saat itu memaparkan asap hitam berkepul-kepul dari kilang tersebut seterusnya menarik perhatian orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.19 petang.

238856cb-ef60-4e02-9eb1-02fa5d334e39

Gudang menyimpan peralatan elektrik terpakai musnah pada kadar 90 peratus.

Justeru, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu, Rawang dan Sentosa dikerahkan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.53 petang.

"Kebakaran melibatkan sebuah gudang menyimpan peralatan elektrik terpakai yang berkeluasan 100 kali 30 kaki persegi.

"Dianggarkan bangunan tersebut terbakar sebanyak 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tiada mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram