SEORANG wanita ditemukan mati dibunuh dengan 60 kesan tikaman termasuk kesan kelar di leher sebelum mayatnya diletakkan dalam sebuah beg peralatan sukan hoki.
Kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lalu selepas wanita itu bertemu dengan seorang suspek lelaki yang kemudian dipercayai membunuh wanita itu dibahagian bawah rumah mangsa.
Suspek kemudian cuba membuang mangsa di dalam hutan di Forest Hill, New York, beberapa kilometer dari rumah mangsa.
Sumber berkata, mangsa, Orsolya Gaal, 51, sebelum itu memberitahu anaknya yang dia mahu bertemu rakannya sedangkan dia bertemu dengan lelaki itu.
Mangsa ditemukan berdasarkan kesan tumpahan darah yang membawa pihak berkuasa ke lokasi dia dibunuh.
MANGSA bersama dengan suaminya, Howard Klein yang ketika kejadian keluar bersama anak mereka — Agensi
Menurut sumber lagi, ketika kejadian, suami mangsa keluar bersama orsolanaknya sebelum menerima mesej yang memberitahu bahawa ahli keluarganya yang lain akan dibunuh.
"Kita mengesyaki bahawa kes pembunuhan ini ada kaitan dengan isu balas dendam selepas suspek dipenjarakan beberapa tahun lalu.
"Kita juga sudah mengesan beberapa kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu untuk mengesan suspek," katanya.
Dalam pada itu, saksi yang menemukan mangsa, Van Nostrand, 51, berkata, ketika dia membuka beg tersebut, dia pada mulanya menjangkakan bahawa apa yang terdapat dalam beg itu adalah patung.
"Saya ingat itu adalah patung yang disumbat dalam sebuah beg. Tetapi bila melihat takungan darah di dalam beg itu, baru saya sedar yang itu sebenarnya mayat dan terus menghubungi polis," katanya.
Dalam pada itu, polis New York mengesahkan yang kes masih dalam siasatan dan tiada suspek yang telah dikenal pasti setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram