SEORANG penunggang motosikal berusia 22 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM116.3 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Sungai Dua, Pulau Pinang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Asistan Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, penunggang motosikal tersebut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Sungai Petani, Kedah menghalang ke Sungai Dua, Pulau Pinang melanggar bahagian belakang kereta yang dipandu di lorong kecemasan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Mohd Radzi, selepas pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikalnya sebelum dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang tidak dapat mengelak daripada melanggar mangsa.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram