Gempar apabila Myvi merah selamba seret seorang lelaki di MRR2


  • 112
  • Ahad, 17 Apr 2022

Rakaman video lelaki berkenaan diseret oleh kereta berjenama Myvi.  — Facebook Dashcam

SATU video tular menunjukkan seorang lelaki diheret oleh sebuah kereta yang mana insiden itu berlaku selepas empat kenderaan terbabit dalam perlanggaran, kata polis.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bandaraya, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku pada pukul 2.15 pagi Ahad selepas seorang pemandu cuba mengelak seorang lelaki yang sedang melintas jalan.

Pemandu berusia 44 tahun itu dikatakan menekan breknya selepas menyedari lelaki itu melintas jalan.

Perkara itu menyebabkan kenderaan lain di belakangnya iaitu sebuah kereta dan dua motosikal melanggar satu sama lain.

“Susulan rempuhan itu, dua penunggang motosikal mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Canselor Hospital Tuanku Muhriz di Cheras untuk rawatan.

“Video yang dimaksudkan itu berlaku selepas kemalangan berkenaan terjadi yang mana pejalan kaki warga asing itu cuba memasuki MyVi yang berada di tempat kejadian kerana takut diugut orang awam.

“Dia telah dibawa ke ibu pejabat polis Cheras untuk tujuan dokumentasi dan dia turut membuat aduan bahawa dia telah diugut oleh orang ramai di sana,” katanya.

Video itu menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju diseret oleh MyVi merah apabila memegang pintu kenderaan berkenaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram