BARU-BARU ini, kecoh apabila karya terbaharu Fahmi Reza yang berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebok miliknya.
Ternyata perkara itu mendapat kecaman daripada netizen dan Fahmi juga telah ditahan polis sebelum dibebaskan pada Sabtu lalu.
Seorang daripada pengguna Facebook yang juga bekas pelajar Ijazah Sarjana Seni Lukis dan Seni Reka, Jimmy Nezzar berkata, setiap pengkarya perlulah ada ilmu, sama ada dari segi teknikal, falsafah, prinsip.
"Sama ada seni yang simple sampai ke abstrak, perlulah ada ilmu dan ada kajian-kajian tertentu sebelum menzahirkan sesuatu karya itu," katanya.
Dalam pada itu, Jimmy berkata, dia juga cukup terkesan dengan karya Fahmi Reza yang disifatkan mengganggu dirinya sebagai seorang muslim dan rakyat Malaysia.
"Lihatlah bagaimana bulan sabit dan bintang pecah 14 digambarkan sebagai dua tangan dengan jari tengah.
"Sedarkah anda bahawa anak bulan (bulan sabit) lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia? Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
"Setiap karya seni ada maksud tertentu, yang hanya pengkarya yang faham. Akan tetapi bila lambang Jata Negara dibuat sebegitu, adakah ini menunjukkan sama ada beliau benci negara dan agama?
"Perlu diingatkan, benci pada kerajaan adalah berlainan daripada benci kepada agama dan negara. Jangan kerana konon kita ni benci pada kerajaan, kita nak jari tengahkan sekali Agama dan Negara," katanya.
Dalam ada itu, Jimmy turut menganggap yang imej satira band Sex Pistols - God Save The Queen di United Kingdom jauh lebih beradab walaupun mereka kebaratan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram