Suami isteri didakwa tipu jual beli emas online 'bersembunyi' di Kelantan?


  • Tular
  • Isnin, 18 Apr 2022

Penipuan urusan jual beli emas antara perkara hangat diperkatakan ketika tiba musim perayaan. — Gambar hiasan

WANG Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang bakal diterima oleh rakyat tidak lama sahaja lagi antara topik hangat sedang dibincangkan oleh rakyat di negara ini.

Rata-rata rakyat teruja dengan penerimaan wang Pengeluaran Khas itu, apatah lagi ia membantu mengurangkan beban tatkala mereka ghairah berbelanja pada musim perayaan ini.

Namun, jangan dilupa bahawa masih ada lagi individu tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan dengan membuat penipuan ketika seseorang membeli-belah.

Ini termasuk urusan jual beli barangan kemas yang dijalankan secara atas talian.

Menerusi laman Facebook, Malini Mohamad mendedahkan terdapat sepasang suami isteri yang didakwa membuat penipuan dalam urusan jual beli emas atas talian.

Berang dengan perkara itu, dia mendakwa bahawa ramai lagi mangsa yang terpedaya dengan helah pasangan suami isteri itu.

template (28)

Tangkap layar hantaran Malini Mohamad berkaitan penipuan urusan jual beli emas di laman Facebook.

"Nama XXXXXX dan XXXXXX adalah manusia yang jahat, kejam, dan tidak berhati perut sebab memperdayakan ramai orang dalam jual beli emas.

"Dah lama cari tak jumpa-jumpa. Kalau ada yang jumpa minta beritahu ya. Orang macam ni tak boleh dibiarkan sebab masih aktif mencari mangsa," dakwanya.

Difahamkan, kedua-dua suspek kini berada di Kelantan dan rancak mencari mangsa baharu.

"Hati-hati orang Kelantan jangan terpedaya dengan manusia i***s ni. Banyak laporan polis dah dibuat tapi belum ada tindakan apa-apa terhadap dua orang ni, " tambahnya.

Memberi komen pada hantaran itu, Hirman Hamadan mempersoalkan sekiranya tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa meskipun laporan polis sudah pun dibuat.

Tambahan pula, gambar suspek yang didedahkan adalah secara terang-terangan dan tidak dikaburkan.

"Yelah, dua orang kot. Sajat seorang pun polis tak dapat cari kan. Inikan pula dua orang.

"Jho Low lagilah tak dapat cari. Malaysiaku oh Malaysiaku," katanya kesal.

Hantaran Malini Mohamad dilihat sudah dipadam tidak beberapa lama kemudian.

Majoriti cuba mendapatkan Malini Mohamad berhubung perkara tersebut, namun masih belum ada sebarang respons.

Pada masa sama, belum ada sebarang kenyataan balas daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan mangsa setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tipu jual beli emas, Kelantan, scammer