Mat saleh tak pakai pelitup muka buat hal, maki pengawal


  • Tular
  • Ahad, 17 Apr 2022

Tangkap layar video yang memaparkan lelaki itu memarahi pengawal keselamatan yang menegurnya.

SELEPAS tindakan seorang wanita warga asing yang mengamuk berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam sebuah premis perniagaan kerana tidak memakai pelitup muka tular tahun lalu, video seorang lelaki warga asing yang bertindak sama kecoh di media sosial pula pada Sabtu.

Menurut orang awam, kejadian berlaku di pasar raya Jaya Grocer di M City, Ampang, Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat memarahi pengawal keselamatan yang mengarahkannya untuk memakai pelitup muka dan turut mengeluarkan kata-kata kesat.

"Saya tak nak pakai. Apa yang anda mahu lakukan?" teriaknya kepada pengawal keselamatan bertugas sambil menunjukkan jari tengah.

Walaupun dihalang, lelaki itu tidak menghiraukan dan tetap terus berada di premis itu.

Kejadian itu turut disaksikan pelanggan lain yang berada di premis tersebut.

Setakat ini, masih belum terdapat kenyataan daripada polis berhubung kejadian itu.

Tahun lalu, polis mengeluarkan dua kompaun dengan jumlah keseluruhan RM3,000 kepada seorang wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan selepas dihalang masuk ke sebuah butik di KLCC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram