Lagi kes buang sabun, macam parti buih di Kuching Waterfront


  • Tular
  • Khamis, 14 Apr 2022

Tangkap layar keadaan lokasi yang dipenuhi buih akibat perbuatan khianat dipercayai di Waterfront Kuching. — TikTok

TULAR di media sosial kejadian vandalisme melibatkan perbuatan menuang sabun hingga lokasi terbabit dipercayai di Kuching, Sarawak dipenuhi buih tebal.

Video itu dikongsikan di TikTok oleh @usuazza69 sebelum tular di beberapa laman Facebook Sarawak.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan suasana lokasi dipercayai di Waterfront Kuching pada waktu malam dengan keadaan air pancut kolam hiasan di situ dipenuhi buih tebal.

"Tok (Ini) kes bodoh. Habis tempat ni. Habis berbuih-buih," kata suara dalam video berkenaan.

Seorang pengguna TikTok, Fina meninggalkan komen mengatakan perbuatan tersebut mungkin didorong oleh pengaruh trend di aplikasi itu.

Rakaman tular menunjukkan litupan buih tebal akibat perbuatan khianat dipercayai di Waterfront Kuching. — TikTok

"TikTok punya pasal laa ni, budak-budak terikut," katanya.

Nur Ichika pula turut bersetuju dengan menyatakan bahawa perbuatan vandalisme itu mungkin akibat terpengaruh aksi membuang buih di TikTok.

"Ada orang tiru orang putih buat mereka letak sabun di lokasi awam," katanya.

Sebelum ini, satu kejadian serupa berlaku di Kluang, Johor selepas lapan remaja termasuk tiga pelajar sekolah menengah ditahan akibat melakukan perbuatan khianat dengan menuangkan dua tong cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan di bangunan Kluang Parade. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram