'Dia tikam dan tetak anak bini,' Jiran minta tolong tangkap suspek


  • Tular
  • Sabtu, 16 Apr 2022

Gambar tular seorang lelaki yang dikatakan telah menetak ahli keluarganya dalam kejadian di Johor Bahru, pada Sabtu. — Facebook

TULAR di media sosial status seorang wanita yang meminta bantuan orang ramai khususnya warga Kota Tinggi, Johor untuk membantu menangkap seorang lelaki yang didakwa telah menetak ahli keluarga sendiri.

Wanita terbabit menggunakan nama Ehh Baiyah mendakwa, lelaki berkenaan telah mencederakan isteri dan mak mentua sendiri dengan senjata parang hingga mereka cedera.

"Assalamualaikum minta warga Johor Bahru - Kota Tinggi, kalau nampak kereta atau muka orang ni pegang dia atau bawa ke balai berdekatan.

"Dia tetak satu keluarga, lokasi akhir di Plentong, Johor Bahru...minta kerjasama...dia tikam dan tetak anak bini, mak semua satu keluarga, nasib tidak mati je..tolong minta bantuan.

"Boleh hubungi nombor 0111871****, minta bantuan semua," demikian menurut status yang dikongsi di laman Facebook Khas Orang Kota Tinggi.

photo1650066590 (1)

Kenderaan dipercayai milik lelaki terbabit. — Facebook

Di ruangan komen, Ehh Baiyah mendakwa, isteri lelaki itu mengalami kecederaan pecah tempurung kepala manakala mak mentuanya ditikam dengan parang.

"Nasib hujung parang patah, ahli keluarga lain pun kena juga parang. Tolong bagi kerjasama.

"Kalau nampak nombor plat kereta dia pun tolong telefon atau ambil gambar, atau pegang dia," katanya lagi dengan mendakwa, kejadian itu berlaku kepada jirannya bernama Wahidah dan dia membantu mempertahankan anak mangsa ketika kejadian.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Puan Yana mempersoalkan mengapa wanita terbabit tidak membuat laporan polis.

"Buat laporan polis, tahu la nanti polis buat kerja dia. Kita nak pegang-pegang nanti kita yang kena tetak...seram..," tulisnya.

Status itu mendapat 1,000 perkongsian setakat pukul 8 pagi Sabtu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais mengesahkan kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram