Taktikal dua 'big boss' baharu jadi penentu nasib Harimau Malaya


  • Podium
  • Sabtu, 16 Apr 2022

Pan-gon masih mencari barisan kesebelasan utama terbaik negara. — Bernama

KETUA jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon akan berdepan cabaran getir ketika Harimau Malaya bertemu Hong Kong dalam aksi persahabatan pada 1 Jun kelak.

Hong Kong yang dikendalikan oleh jurulatih dari Norway, Jorn Andersen turut dalam persiapan akhir menjelang Kelayakan Piala Asia 2023.

Namun apa yang menarik, Pan-gon dan Andersen memiliki dua persamaan iaitu menerapkan permainan berintensiti tinggi dan sedang mengenalpasti barisan terbaik sebelum ke aksi kelayakan.

"Saya akan buat perubahan. Kami boleh bermain secara menyerang dan bertahan di garisan lebih atas kerana kadang-kadang, kami perlu tekan pasukan lawan untuk tidak berikan kerja mudah.

"Itulah perkara terpenting untuk permulaan ini," kata jurulatih Hong Kong itu ketika mula dilantik pada Disember lalu bagi menggantikan Mixu Paatelainen.

Screenshot 2022-04-15 204904

Andersen memiliki taktikal yang sama seperti Pan-gon. — Facebook

Ironinya, Andersen pernah 'memalukan' skuad kebangsaan ketika membimbing Korea Utara membenam Harimau Malaya 4-1 dalam dua aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.

Selain Hong Kong, Harimau Malaya akan menentang Myanmar pada 27 Mei sebagai persiapan menjelang tiga aksi Kumpulan E pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, bermula 8 hingga 14 Jun nanti.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram