'Double standard sungguh, ayah Rizal Ghazali sakit pun nak buat kecoh'


  • Podium
  • Rabu, 30 Mac 2022

RIZAL diberikan amaran keras oleh FAM supaya tidak mengulangi perbuatannya menolak panggilan skuad kebangsaan pada masa depan. — Sabah FC

PEMAIN Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali telah diberi amaran keras agar tidak mengulangi tindakannya yang enggan melapor diri ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan, Harimau Malaya pada 14 Mac 2022.

Amaran itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, penyokong bola sepak tempatan merasakan amaran keras yang diberikan kepada Rizal adalah keterlaluan memandangkan beliau difahamkan bertindak sedemikian berikutan keadaan bapanya yang kurang sihat dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Di ruangan komen Facebook FAM, para penyokong meluahkan ketidakpuasan hati mereka di atas tindakan FAM tersebut dan menasihati badan induk itu supaya bertimbang rasa kepada Rizal atas masalah yang sedang dihadapi.

Ada juga yang merasakan amaran itu sebagai satu tindakan pilih kasih atau 'double standard' yang hanya diberikan kepada pemain dari kelab-kelab tertentu.

Antara komen-komen netizen berkenaan isu tersebut:

"Double standard sungguh"

"Ayah dia sakit tu pun nak buat kecoh... come onlah... double standard"

"Ayah dia sakit pun hampa tak ada sikit pun fikir"

"Undang-undang hanya berlaku untuk team lain... sekian"

"Amaran keras kalau dari team lain...kalau dari satu team tu tak apa"

komen netizen rizal

Komen netizen di ruangan Facebook FAM.

Terdahulu, Rizal yang diletakkan dalam Senarai Bersedia pada asalnya telah dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon bagi menggantikan pemain Johor Darul Takzim, Mohd Syahmi Safari yang meminta pengecualian untuk tidak melapor diri ke kem latihan pusat kali ini kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya.

Berikutan keengganan Rizal untuk melapor diri, Pan-gon telah memanggil seorang lagi pemain dari Senarai Bersedia iaitu Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempat Syahmi dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir melapor diri pada 14 Mac 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram