Pandelela nyaris cedera teruk dihempas tangki tandas


  • Podium
  • Khamis, 14 Apr 2022

Pandelela hampir dihempap tangki tandas yang tertanggal dalam kejadian di gimnasium acara terjun di Bukit Jalil, pada Khamis.

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berdepan detik mencemaskan selepas nyaris-nyaris dihempap tangki tandas cangkung dalam kejadian pada pagi Khamis.

Kemalangan itu boleh menyebabkan kecederaan serius namun Pandelela bernasib baik kerana hanya mengalami luka di bahagian tumit kaki kiri.

Perkara tersebut dimaklumkan atlet berusia 29 tahun itu di laman Facebook dengan menyatakan bahawa kejadian itu akan diingati sampai bila-bila.

"Pagi yang tidak disangka dan akan sentiasa saya kenang sampai bila-bila. Saya bernasib baik kerana mengalami luka ringan.

278449494_526405775500790_6377183193726948907_n

Luka ringan di bahagian tumit yang dialami Pandelela. — Facebook

Tak tahu nak ketawa atau menangis," tulisnya secara berseloroh selepas berkongsi gambar luka di kakinya dan kejadian yang menunjukkan tangki tandas cangkung itu pecah terhempas ke lantai.

Kejadian itu dikatakan berlaku di gimnasium acara terjun di Bukit Jalil.

Tangki tandas itu kelihatan tercabut daripada pemegang atau bracket di dinding dan jatuh berkecai ke lantai tandas.

Rata-rata netizen mendoakan agar Pandelela cepat sembuh dengan ramai yang menyatakan kebimbangan dan ucapan selamat kepada penerjun veteran itu.

Ada juga menyatakan kelegaan melihat Pandelela terselamat daripada dihempap tangki itu yang boleh mendatangkan kecederaan serius.

Pandelela Rinong bakal menjadi sebahagian daripada peserta untuk Sukan Komanwel Birmingham Julai ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram