Lelaki tua terkutuk di Sibu rogol remaja lembam bawah umur berkali-kali


Makamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 12 sebatan.

SEORANG lelaki berusia 60 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sibu, Sarawak pada Selasa selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang bawah umur yang kurang upaya.

Tertuduh yang merupakan jiran mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tiga pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Marutin Pagan, tertuduh telah merogol mangsa sebanyak tiga kali iaitu sekali pada November 2021 dan dua kali pada Disember 2021 di sebuah rumah panjang.

Mangsa ialah pemegang kad orang kurang upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak 2016 kerana mempunyai masalah pembelajaran.

Terdahulu, perbuatan terkutuk itu terbongkar pada 27 Mac lalu apabila ibu mangsa, 30, menyedari mangsa hilang selera makan dan kerap muntah.

Dia kemudian memintanya melakukan ujian kehamilan sebelum mendapati mangsa mengandung.

Susulan laporan yang dibuat oleh ibunya, polis menahan lelaki itu pada 1 April lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram