Remeh tapi tetap salah, sijil lahir bayi lelaki catat nama 'berbintikan' bapa


  • Tular
  • Selasa, 12 Apr 2022

Sijil kelahiran bayi lelaki tersebut yang di'binti'kan dengan bapanya. — Twitter

PERKATAAN bin dan binti ada sistem nama bagi menunjukkan seseorang itu adalah anak lelaki atau perempuan kepada pasangan Muslim di negara ini.

Namun perlu difahami dua perkataan itu tidak digunakan di negara luar berbanding negara ini yang mana ia menjadi amalan untuk semua umat Islam.

Lain pula kisahnya apabila seorang bayi lelaki Muslim yang baru dilahirkan di negara ini telah di'binti'kan dengan nama bapanya.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita di laman Twitter, yang hanya mahu dikenali sebagai CheTom atau @zt000tz.

Menurut CheTom, dia terkejut apabila anak saudara lelakinya yang dilahirkan pada 2 April lalu telah dibintikan dengan nama bapanya.

"Pada awal bulan ini saya dapat berita mengenai kehadiran ahli keluarga baharu. Tapi hari ni (Isnin), baru tahu my nephew (anak saudara lelaki saya) tu dalam birth certificate (sijil kelahiran) dia tercatat binti.

"Memang dorang (ibu bapa) dah checked (periksa) sebab asalnya pegawai salah taip tiga hingga empat kali pada ejaan nama. Bila print benda lain yang ditukarnya, " katanya kesal berikutan sijil kelahiran itu yang disalah cetak pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketika ditanya sama ada keluarganya akan mengambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab, CheTom menafikan perkara itu, sebaliknya akan membuat aduan semula ke JPN untuk membetulkan kesilapan tersebut.

"Tindakan yang perlu adalah kena pergi buat amendment (pindaan). Memang terpaksa, benda tu nampak petty tapi salah.

"Benda berkaitan dengan JPN ni memang leceh, tapi nak atau tak nak kena buat juga," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, kesilapan itu juga mungkin berlaku akibat ibu bapa bayi tersebut dan JPN sendiri terlepas pandang.

"Mungkin pegawai tu penat berpuasa kot. It's clearly human mistake (Ini sememangnya kesalahan manusia)," ujarnya.

Majoriti sedang mendapatkan kenyataan JPN berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram