Tragedi Ramadan, lelaki main bunga api sampai terbakar rumah jiran


  • Tular
  • Ahad, 10 Apr 2022

Tangkap layar rakaman tular menunjukkan kebakaran akibat aktiviti bermain bunga api dipercayai di PPR Seri Anggerik. — TikTok

SATU rakaman kejadian kebakaran yang dikatakan berpunca daripada percikan bunga api tular di laman sosial sejak malam Ahad.

Rakaman itu dikongsikan pengguna TikTok, @BoyIjam dan dipercayai berlaku di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menerusi kapsyen dalam video tersebut turut dinyatakan kejadian kebakaran itu berlaku akibat perbuatan individu membakar bunga api sehingga mengakibatkan kebakaran rumah.

"Melayu belum raya, korang dah bakar (bunga api) dulu, pastu habis terbakar rumah orang. 10 April. Tragedi Ramadan," tulisnya dalam video berkenaan.

Rakaman tular kejadian kebakaran akibat percikan bunga api di PPR Seri Anggerik. — TikTok

Dia turut memasukkan lokasi PPR Seri Anggerik di ruang komen.

Video berdurasi 14 saat itu pada awalnya menunjukkan beberapa percikan bunga api di udara sebelum rakaman menunjukkan ada salah sebuah bahagian rumah disambar api.

Rakaman itu seterusnya menunjukkan klip televisyen litar tertutup (CCTV) di mana kelihatan dua individu disyaki sedang membakar bunga api di kawasan parkir perumahan berkenaan.

Majoriti sedang menunggu respons pihak polis dan bomba berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram