KEHIDUPAN setiap insan di dunia tidak sama dan ada yang diuji dengan pelbagai onak ranjau.
Ada insan yang dilahirkan serba mewah dan ada juga dilahirkan dalam keadaan miskin.
Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang kanak-kanak yang melepaskan penat di tepi jalan sambil menunggu orang ramai membeli makanan yang dijual.
Perkongsian oleh pengguna Facebook, Kepala Berputar mengundang belas kasihan daripada warganet.
"Abang doakan kamu murah rezeki, dik. Abang yang kerja dalam lori, ada aircond pun patah pinggang, dik.
"Sama-sama kita berjuang demi meneruskan kehidupan, keep fight," kata pengguna Facebook, Ezzie Elman.
"Dekat mana ini. Kalau dekat Malaysia, tolonglah, pihak yang bertanggungjawab bela nasib anak ini.
"Apa pun latar belakang dia, cubalah bantu sebaik mungkin. Jangan la double standard dalam memberi bantuan," menurut seorang lagi pengguna Facebook, Ani D'Touch N Bridal.
Selain itu, ada juga warganet yang mencadangkan kanak-kanak itu dilaporkan ke pihak berwajib kerana khuatir menjadi 'alat' bagi sesetengah sindiket peminta sedekah.
"Lapor ke pihak berwajib, kanak-kanak bawah umur dijadikan buruh. Kadang-kadang mereka ini diperguna untuk raih simpati.
"Kalau benar-benar memerlukan bantuan, kena ikut prosedur," ujar pengguna Facebook, Nurul Shafikah Abdullah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram