Sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April


  • Primer
  • Jumaat, 08 Apr 2022

Murid sekolah rendah boleh hadir ke sekolah masing-masing tanpa penggiliran bermula 17 April ini.

SESI persekolahan tanpa penggiliran bagi murid sekolah rendah akan dimulakan pada 17 April ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, negeri kumpulan A akan bermula pada 17 April manakala bagi negeri kumpulan B pula akan bermula pada 18 April.

"Murid yang hadir ke sekolah secara penggiliran sebelum ini kini dibenarkan datang tanpa penggiliran.

"Apa yang penting ialah semua orang perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Walaupun kita sedang beralih ke fasa endemik, adalah penting untuk mematuhi SOP.

“Saya minta ibu bapa sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa pematuhan SOP adalah keutamaan,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.

Negeri kumpulan A adalah sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala negeri kumpulan B adalah sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram