TIDAK puas hati selepas provokasi dipercayai menjadi punca pergaduhan dua pelajar berusia 15 dan 14 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg Pelek, Sepang, Selangor sehingga rakaman videonya menjadi tular di laman sosial sejak Rabu.
Rakaman video tular pergaduhan pelajar di sekolah tersebut
Anggota Polis Sepang, Koperal Sharom berkata, berdasarkan siasatan awal pergaduhan dipercayai bermula dengan insiden ejek-mengejek disusuli dengan pergaduhan fizikal antara seorang pelajar India dan seorang pelajar Melayu.
Selepas dua pelajar tersebut mulai bergaduh, lima pelajar lain turut melakukan provokasi untuk turut serta dalam kejadian itu.
“Setelah selesai ejek mengejek dapati pelajar Melayu tersebut hilang sabar lalu menolak pelajar berbangsa India tersebut. Pelajar berbangsa India telah menumbuk di bahagian muka pelajar berbangsa Melayu namun hanya terkena sedikit sahaja lalu berlaku tolak menolak.
"Pada masa tersebut terdapat sekumpulan pelajar lelaki berbangsa India dan Melayu telah buat provokasi dan diantara satu sama lain namun berjaya disuraikan oleh guru-guru yang berada di lokasi.” katanya di Sepang pada Rabu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal dapati tiada kecederaan semua pelajar yang terlibat dan semua pelajar mengakui kesalahan dan tiada laporan polis dibuat.
"Diakhir perjumpaan tersebut kesemua pelajar berdamai dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
"Pengetua dan pihak sekolah juga tidak membuat apa-apa laporan polis memandangkan kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan dan akan diambil tindakan disiplin keatas semua pelajar yang terlibat” katanya.
Video yang berdurasi 43 saat itu mula tular di laman Fecebook dan Whatsapp sejak Rabu yang menggambarkan kekecohan antara pelajar di sekolah tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram