
KETIKA kita mula beralih ke fasa endemik, kita memasuki senario baharu.
Bagi kebanyakan orang, ini bermakna kembali ke pejabat, selepas bekerja dari rumah atau mengikut jadual hibrid untuk tempoh masa yang lama.
Menurut Pegawai Penyelidik dan Advokasi, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Anis Farid, perubahan ini nampaknya paling banyak memberi kesan kepada para penjaga.
Sejak bermulanya pandemik, mereka yang bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak terutamanya wanita, merekodkan penurunan dari segi produktiviti berbanding lelaki.
Dalam memikul beban kerja yang berlipat kali ganda dan sebahagian besar mengasuh anak-anak, ramai wanita terpaksa meninggalkan tenaga kerja formal.
Malaysia mempunyai salah satu negara merekodkan kadar buruh terendah bagi wanita di Asia Tenggara dan jurang jantina yang besar sebanyak 25 peratusan mata.
Pengangguran wanita tidak pulih pada kadar yang sama seperti golongan lelaki.
Kadar buruh wanita di Malaysia antara yang terendah di Asia Tenggara.
Tidak dinafikan, jangkaan untuk wanita memainkan peranan sebagai penjaga utama, mengehadkan keupayaan mereka terlibat dalam tenaga kerja formal dan trend menunjukkan bahawa wanita muda di negara ini memilih bidang kerja lebih fleksibel.
Dalam peralihan kepad fasa endemik, salah satu matlamat teras adalah pemulihan ekonomi.
Oleh itu, perubahan dasar perlu diterima pakai untuk menyokong semula wanita dan mengekalkan mereka sebagai tenaga kerja.
Selain daripada pengenalan polisi bekerja dari rumah (BDR) yang memberi kelonggaran kepada penjaga, apakah lagi yang perlu dilakukan?
Menurut tinjauan oleh EY (Ernst & Young), hanya 22 peratus rakyat Malaysia berkata, mereka lebih suka bekerja dari pejabat sepenuh masa selepas pandemik reda.
Majoriti pekerja di negara ini mengutamakan aturan kerja yang hibrid dan fleksibel.
Pandemik menunjukkan jadual yang fleksibel boleh diurus dan berjaya.
Aturan kerja yang fleksibel juga membolehkan pekerja menguruskan tugas mengikut kepantasan mereka sendiri.
Bagi golongan penjaga, ini sangat membantu, membolehkan mereka merancang jadual sambil memastikan produktiviti terjaga.
Bergerak ke arah fasa endemik, majikan perlu mengekalkan aturan fleksibel seperti ini bagi memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram