'High education, tapi bila rentas seberang buat mentaliti rakyat kelas ketiga'


GAMBAR sinis yang dimuat naik oleh Khairul Azri tentang isu melibatkan perangai rakyat Singapura. — Facebook

SETELAH dua tahun ditutup bagi mengekang penularan Covid-19, sempadan Malaysia-Singapura akhirnya dibuka semula 1 April lalu.

Pengumuman kerajaan yang membuka semula pintu sempadan merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia di negara berkenaan.

Bukan itu saja, ramai juga rakyat Singapura yang menanti-nantikan pengumuman itu kerana sudah tidak sabar untuk ke negara ini atau pulang ke negara asal.

Namun sebahagian rakyat Singapura menasihati mereka yang berhasrat ke Malaysia supaya menangguhkan rancangan mereka terlebih dahulu kerana menyifatkan keadaan di Malaysia ketika ini tidak selamat.

Menurut mereka, terdapat rakyat Malaysia yang menunggu-nunggu ketibaan warga Singapura ke negara ini untuk dijadikan mangsa rompakan memandangkan ramai yang kehilangan kerja.

Perkara itu bagaimanapun mendapat perhatian netizen Malaysia yang mengecam perangai buruk sebilangan rakyat Singapura yang masuk ke negara ini.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah tindakan 'merompak' subsidi rakyat Malaysia dengan mengisi kenderaan menggunakan petrol RON95 yang dikhususkan untuk rakyat negara ini serta membawa kenderaan dengan laju di atas jalan raya.

Dalam satu hantaran pemerhati isu semasa, Khairul Azri, dia memuat naik satu mesej ringkas mengucapkan selamat berpuasa tetapi meletakkan gambar yang menunjukkan isu membabitkan rakyat Singapura.

Ternyata hantarannya itu disambut dengan komen-komen menghentam kalangan rakyat Singapura yang berfikiran seperti penduduk mentaliti kelas ketiga dan pentingkan diri.

"High education, tapi bila rentas seberang, education siap manners tertinggal sekali kat sana. Benda-benda mengarut mereka buat," menurut Md Yusup Sabtu.

"Kecohlah, dahlah terhegeh-hegeh nak isi minyak (RON) 95. Patutnya jangan bagi langsung, biar dia isi 97 saja," kata Muaz Zafar.

"Datang negara orang buat kerek (berlagak). Kadang-kadang tu speeding relaks saja... kalau masuk negara orang buat mentaliti rakyat kelas ketiga. Kalau kereta Malaysia masuk negara mereka, siaplah bayar dulu saman sebelum balik," ujar Amin Rahman.

"Bukannya nampak foreigner sangat pun, sama saja rupa mereka dengan orang Malaysia. Susah sangat ke nak blend in. Yang jadi target pun pasal kereta plat Singapura semata-mata. Yang menunjuk sangat je jadi target, dengan gelang dan rantai emas berlebihan dan baju branded... itu kalau orang tempatan pun jadi target," kata MoFaz AJ pula.

rakyat singapore

Pada 25 Mac lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang lengkap vaksinasi mulai 1 April, selaras dengan fasa peralihan ke endemik.

Malaysia dan Singapura juga akan membenarkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram