Pejuang bela nasib ‘rider’ Foodpanda sekadar gimik murahan?


  • Massa
  • Rabu, 06 Apr 2022

SEORANG penghantar makanan Foodpanda sedang dalam perjalanan untuk menghantar makanan kepada pelanggan. — Gambar hiasan/The Star

TULAR di media sosial satu surat yang memaparkan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menghantar satu surat kepada syarikat penghantar makanan, Foodpanda.

Menerusi surat tersebut, Mukhriz memohon penjelasan berkaitan dengan isu keselamatan dan kebajikan penghantar makanan syarikat tersebut.

FPjTDhoaAAIM_V7

SURAT yang dihantar Mukhriz kepada Foodpanda tular di media sosial. — Twitter

Malah, Mukhriz turut bertanya sama ada penghantar makanan syarikat tersebut diklasifikasikan sebagai pekerja, kontraktor bebas atau rakan niaga.

"Saya sudah berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia dan mereka juga tidak menggalakkan sistem demerit jika penghantar makanan mempunyai alasan kukuh mengapa penghantaran lewat dilakukan.

"Kita sangat gembira dengan pelaburan syarikat ke dalam negara dan pastinya kebajikan dan keselamatan penghantar makanan juga perlu diambil perhatian," katanya.

Di dalam surat tersebut juga, Mukhriz berharap syarikat penghantar makanan itu dapat meluangkan masa bersamanya untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, ramai juga yang beranggapan tindakan Mukhriz itu sebenarnya sekadar hendak mencari ruang publisiti untuk mendapat sokongan dalam karier politiknya.

mukriz

TANGKAP layar komen yang mempersoalkan keikhlasan Mukhriz dalam memperjuangkan hak pekerja penghantar makanan. — Twitter

Amirul Haizad berkata, surat itu ibarat satu publisiti sahaja dan mempersoalkan Mukhriz kenapa tidak bertindak ketika dia mempunyai kuasa dahulu.

Yusof Kassim pula berkata, sebaiknya ahli politik itu membuka perniagaan penghantaran makanan sendiri untuk menjadi pesaing kepada Foodpanda dengan tawaran yang lebih menarik bagi pekerja.

"Dah ada hasil baru la tular. Ini takat baru hantar surat, diam-diam sahaja lah," kata Payit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram