RATA-RATA penyokong skuad Penang FC jelas kecewa dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi menentang pendatang baharu saingan Liga Super, Sarawak United di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada malam Selasa.
Kekecewaan skuad Penang Panthers itu ditujukan kepada jurulatihnya, Tomas Trucha kerana dikatakan sudah dapat dijangka selain gagal menciptakan corak permainan yang lebih 'menyengat'.
Seorang penyokong, Muhammad Nor Za'im Zakariah mendakwa, permainan yang ditunjukkan skuad Penang FC masih sama yang mana langsung tiada kesinambungan dalam pasukan.
"Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita tiada dalam pengurusan...apa-apa pun selamat maju jaya untuk perlawanan seterusnya," katanya di Facebook Penang Brotherhood.
Sementara itu, seorang lagi penyokong, Anas Muhaimmin menyifatkan permainan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua tidak menarik.
"Separuh masa kedua sendu oi perlawanan ni...Banyak hilang bola. Trucha sembang dahsyat harey toi," ujarnya.
TANGKAP layar sebahagian komen penyokong Penang FC yang kecewa dengan persembahan ketika menentang Sarawak United pada Selasa. — Facebook
Mat Ali Tinju pula mempersoalkan apa alasan yang ingin diberikan Trucha di sebalik persembahan hambar itu.
"Hari tu kata pemain tidak ada sebab kena gantung...kali ni alasan apa pula admin?" soalnya.
Rizal Rejab pula meminta jurulatih kelahiran Republik Czech itu direhatkan sementara berdasarkan persembahan yang ditunjukkan.
" Rehatkan dulu Trucha ni. Buang karan," tulisnya
"Banyak yang perlu diperbaiki..apa-apa haria Penang haria," kata seorang lagi penyokong Penang FC, FaiizIsmail Abielharrazharriz.
Keputusan 1-1 itu menyaksikan Sarawak United naik ke tangga kesembilan dengan mengumpul satu mata selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini berdepan Kedah Darul Aman (KDA) dan Johor Darul Takzim (JDT).
Penang pula berada di kedudukan ketujuh dengan mengumpul dua mata selepas merekodkan dua keputusan seri dan kalah sekali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram