Dua syarikat rugi jutaan ringgit, ‘formula’ Rafizi jadi bahan ketawa


  • Politik
  • Selasa, 05 Apr 2022

RAFIZI Ramli baru-baru ini mencadangkan beberapa formula bagi menyelesaikan krisis aliran tunai yang melanda SEB. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

BEKAS Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli baru-baru ini mencadangkan beberapa formula bagi menyelesaikan krisis aliran tunai yang melanda syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia, Sapura Energy Bhd (SEB).

Beliau turut menolak cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa kerajaan menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB) yang kini berdepan risiko muflis.

Namun, seorang pengguna Facebook, Lim Sian See mendedahkan, dua syarikat Rafizi iaitu Invoke Solutions Sdn Bhd dan Adnexio mencatatkan kerugian sejak ditubuhkan, justeru Rafizi disifatkan tidak layak memberi cadangan.

"Syarikat penyelidikannya, Invoke Solutions Sdn Bhd mencatat kerugian daripada hasil sebanyak RM1 juta dan RM4 juta untuk tahun terakhir. Kerugian terkumpul pula adalah sebanyak RM3.45 juta sejak syarikat ditubuhkan.

"Syarikat portal kerjanya, Adnexio pula mencatatkan kerugian RM700k daripada hasil dan hanya RM20,000 untuk tahun terakhir. Kerugian terkumpul adalah sebanyak RM1.13 juta sejak syarikat ditubuhkan," dakwanya pada Selasa.

Sian See mendakwa, berdasarkan rekod prestasi Rafizi mengendalikan kedua-dua syarikat, itu, beliau tiada hak untuk memberi nasihat mengenai cara-cara menyelamatkan SEB.

Terdahulu, laporan mendedahkan bahawa SEB yang dibebani hutang berjumlah RM10.3 bilion menerusi pinjaman daripada sembilan bank telah memulakan perbincangan untuk rancangan penstrukturan semula hutang dan merancang untuk menjual beberapa aset bagi membolehkan kembali kukuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram